Latar Belakang

Asrama Darul Falah PERKIM (ASDAF) diasaskan oleh Tuan Haji Yaakob bin Lazim yang ditubuhkan pada 19 Ogos 1995, adalah sebuah asrama yang menempatkan anak-anak Orang Asli peringkat sekolah menengah sahaja. Mereka terdiri daripada anak-anak fakir miskin, saudara baru (muallaf) dan anak-anak yatim. Mereka diambil dari kampung-kampung di kawasan pendalaman semenanjung untuk diberi pendidikan akademik dan agama di Kuala Lumpur.

Pada masa ini, jumlah anak-anak adalah seramai 41 orang dimana majoritinya adalah berasal dari Pahang, Perak dan Selangor. Sumber kewangan asrama ini adalah bergantung sepenuhnya atas ehsan dermawan. Pihak pengurusan ASDAF memerlukan bantuan dari pelbagai pihak untuk mentadbir asrama ini dari masa ke semasa.

ASDAF ditadbir urus oleh sekumpulan Ahli Jawatankuasa secara sukarelawan yang terdiri dari pelbagai latar belakang yang berbeza dan dibantu oleh staf-staf yang berkhidmat di bahagian pengurusan dan sokongan. Pengendalian ASDAF juga turut dibantu oleh sukarelawan/sukarelawati dari luar yang kerap berkunjung ke sini bagi sama-sama menabur bakti mengikut kebolehupayaan masing-masing. Pelbagai aktiviti yang melibatkan dakwah dan juga program kemajuan pelajar telah disusun sepanjang tahun bagi memastikan perjalanan ASDAF terus menepati objektifnya.

PERKIM Cawangan ASDAF adalah berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966. No Rujukan: PPM/WP 76/61-186